Friday, 29 April 2011

TERIMA KASIH ALLAH...........

Ya Allah...
Ya Rabbi...
Ya Razzak...

Ku harap padaMu Tuhan
Diwaktu aku lalai ingatkanlah aku
Ketika aku beramal ikhlaskan hatiku
Agar amalan ku diterimaMu

ya Allah

Dimasa aku diuji
Kuatkan jiwaku agar aku sabar
Menerima ujian itu  
Agar iman ku tidak terkorban
Diwaktu aku senang jangan lalaikan aku
Agar aku bersyukur
Masukkan kedalam hatiku cinta takut padaMu
Supaya ku tak cinta dan takut selainMu

Allah Ya Allah...
ya Rabbi Sallimna...

Dimasa aku diuji
Kuatkan jiwaku agar aku sabar
Menerima ujian itu
Agar iman ku tidak terkorban
Hiburkanlah hatiku selalu
Dengan mengingatiMu Tuhan

Engkau sangat aku perlu
Jangan tinggalkan aku
Engkau adalah hidup matiku
Jangan biarkan aku
Pimpinlah aku selalu
Agar hidup mati ku mendapat keredhaanMu

YANG ALLAH CINTA............

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Dia membenci tiga perkara bagi kamu. Dia redha supaya kamu mengabdikan diri kepadaNya dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Dia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta" (Riwayat Muslim)

SEbagai manusia, sememangnya kesukaan kita sama dengan kesukaan Allah. Kita sukakan kedamaian, berkasih sayang, keadilan, bekerjasama dan segala yang baik-baik lagi. Itulah sebenarnya yang suara hati kita inginkan tetapi kadangkala kita sendiri yang enggan mendengar suara hati sendiri kerana terlalai dengan perkara lain yang tidak bersifat syarie..

Kembali pada fitrah...Cintailah apa yang Allah cintai, lakukan apa yang Allah sukai.. Itulah manifestasi cinta kita yang mendalam terhadap Allah. Samalah juga keadaannya jika kita menyukai seseorang.. maka pastinya kita akan menyukai apa sahaja yang disukainya...

Menyukai apa yang Allah sukai, bukan soal mendapat pahala atau fadilat sahaja tetapi lebih kepada hasratuntuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita buat Allah...

Begitu juga dalam aspek kebencian, haruslah selari dengan kebencian Allah... Iaitu meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci olehNya. Dalam hal ini tidak dinafikan, nafsu pendorong kita untuk berbuat segala yang Allah benci kerana nafsu suka kepada segala yang Allah benci dan benci kepada segala yang Allah suka.... 

Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri... ^_^ ♥

PESANAN BUAT MUSLIMAH..........

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

 Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...^_^

Saturday, 9 April 2011


"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Harta Paling Berharga
Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.
1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Papar Gambar di Dunia Alam Maya... ^________^ ♥♥♥ TT______TT

˙·٠•●♥ Assalamu'alaikum wbt ♥♥♥ Bismillahirrahmanirrahim ♥●•٠·

  1. Mendedahkan aurat (wajah juga aurat jika lelaki ajnabi suka) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain."  yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, facebook atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah. Menyertai alam maya tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan. Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia tetapi bukanlah menulis tulisan-tulisan yang boleh menimbulkan syahwat lelaki ajnabi.
  2. Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa. Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman :“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .” (QS. Ali Imran : 14)
  3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”
  4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”  Para wanita menyerupai syaitan kerana ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.
  5. Sabda Rasulullah saw : "Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita." (Muttafaq ‘alaihi)
  6. Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung : "Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya. Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya. Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya.
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷƸӜƷ

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, Facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum.

Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar-gambar masjid atau gambar-gambar lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.

Dengan kata-kata yang menusuk kalbu si ajnabi, bagaikan tiada maruah sebagai seorang MUSLIMAH yang telah menutup aurat katanya, sedangkan ummat sedang melihat mereka, dengan mendesign bermacam-macam semacam budak-budak art, sedangkan gambar-gambar diambil dari sudut-sudut menaikkan nafsu si ajnabi, di manakah MUSLIMAHmu wahai sahabiah-sahabiahku?

Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan-kawan lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan-kawan lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.

Maaf jika ada tersalah kata, yang benar itu semua dari ALLAH swt, yang kurang sopan itu dari ana sendiri,

""Sesungguhnya kejayaan manusia itu di dunia & akhirat hanyalah dapat taat Perintah ALLAH swt & ikut Sunnah Baginda saw"

Wallahu’alam. -Al Azhar Addin

jika BELUM siap...cintailah dalam DIAM

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

Tuesday, 5 April 2011

Menuju Jalan Taqwa: PASANG NIAT DALAM SEBARANG KERJA

Menuju Jalan Taqwa: PASANG NIAT DALAM SEBARANG KERJA: "Kalau kita keluar rumah tidak memasang apa-apa niat Rugi sekali Kalau kita membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa Kita membuang masa ..."