Tuesday, 15 March 2011
Kenali Cinta kepada ALLAH SWT........
Tempat.........
Ibarat badan manusia,mendengar adalah sifat bagi telinga,melihat adalah sifat bagi mata....
Begitu juga hati,sifatnya adalah selalu dalam mood bercinta........
Oleh sebab itu,hati ialah lautan cinta,
Tahanlah hati anda daripada cinta,nescaya cinta pasti akan berjaya menembusi hati anda
tanpa tertahan.
Jadi,sebelum hati benar-benar berpaut dengan cinta dunia,pautkan hati dengan cinta Ilahi
terlebih dahulu..............
Sebab.........
Manusia biasanya jatuh cinta disebabkan dua perkara......
Pertama disebabkan zat atau fizikal dan kedua sifat sesuatu yang dicintai.
Bagaimana pula dengan cinta Allah??????
Walaupun zat Allah tidak terjangkau oleh pancaindera atau akal fikiran,namun sifat-sifat
yang dimiliki-NYA dan atas sebab segala nikmat yang telah dikurniakan-NYA menyebabkan
DIA memang paling layak dicintai...........
Gembira...........
Cinta biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang manis dan menggembirakan hingga lautan bara
api musibah sanggup diredah,ibadah bagi golongan kuffar pahit terasa manis dan ringan
sungguh hati meninggalkan maksiat.
Bukan itu sahaja,malah nama Allah selalu disebut-sebut...(zikir)....
Ibarat Ikan Di Laut.......
Orang yang betul-betul mencintai Allah tidak mampu "dimasinkan oleh masin air laut"
Walau bisikan syaitan membisik merdu di cuping telinga atau walau dunia datang dalam
rupa terhias indah,dia mampu membutakan mata,memekakkan telinga dan buat-buat lupa dek
kerana kasih dan cinta kepada ALLAH SWT......
Walaupun kehidupan harian seolah-olah dia terperangkap bagi memenuhi keperluan hidup,
namun segala yang dilakukannya itu hanya demi menggapai redha ALLAH SWT.......
Mencintai Yang Dicintai-NYA...........
Turut mencintai orang dicintai oleh ALLAH,perkara atau amalan yang dicinta-NYA.
Sebaliknya juga,dia akan membenci apa sahaja yang dibenci ALLAH SWT.......
Tenang..........
Hati yang benar-benar cintakan ALLAH pasti akan merasakan ketenangan yang susah
digambarkan dengan kata-kata............
Serba Salah..........
Seorang hamba yang sangat mencintai ALLAH pasti akan timbul rasa serba salah dalam hatinya.
Saat hatinya menghadap ALLAH,dia rasa terlalu hina dan kerdil sehingga berasa tidak layak
meminta apa-apa pun daripada ALLAH.....
Namun apabila difikirkan bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa,Pemberi dan Pengampun,maka
hatinya tidak dapat ditahan daripada meminta-minta dan terus mengharap.....
Terus Mencari Dan Menanti..........
Seorang hamba yang betul-betul mencintai ALLAH,tidak pernah berasa dia bahawa dia seorang
hamba yang telah menemui cinta-NYA..
Dia akan terus "berjaga" demi cinta kepada kekasihnya dan akan setia menunggu "pintu" terbuka.
Dia akan berkata,"aku masih berusaha mencari cinta ALLAH".
Ini juga akan menjadikannya seorang yang tidak pernah duduk diam melainkan masanya diisi
dengan melakukan ketaatan kepada-NYA.
Ahli tasawuf juga ada menyebut,sesiapa yang mengalihkan perhatiannya daripada cinta kepada
ALLAH walau sekerlip mata,maka dia tidak akan sampai kepada matlamatnya mencintai
ALLAH SWT........
Hanya SATU.........
Ruang yang ada dalam hati hanya diperuntukkan untuk ALLAH sepenuhnya........
Matlamat Utama........
Tujuan teragung mencintai Allah adala untuk menatap wajah-NYA di akhirat kelak.
Seluruh hidupnya ditumpukan untuk mencintai-NYA.Hatinya menolak segala yang dapat
menariknya daripada menggapai matlamat agung ini............
Berkorban.........
Orang yang hatinya dipenuhi rasa kecintaan yang mendalam terhadap Allah akan sanggup
mengorbankan segala-galanya demi ALLAH.
Antara perkara yang paling layak dikorbankan ialah kelazatan dunia..............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
petikan daripada SOLUSI isu no 23.........
ReplyDeletesekadar prkongsian.....
entry yg baik sekali . saya nak share boleh ?
ReplyDelete