Janganlah mata akal kita saja yang celik
Tidak cukup mata kepala kita sahaja yang terbuka
Mata hati kita buta, atau kita pejamkan tanpa diberi peranan
Di antara tiga mata itu, mata hati amat penting
Dengan mata hatilah orang takut dan cintakan Tuhan
Dengan mata hatilah orang rasa hamba dan kehambaan
Mata hatilah yang menentukan seseorang ada mahmudah atau memiliki mazmumah
Mata hatilah yang menentukan seseorang itu ada peri kemanusiaan atau sebaliknya
Mata hati jugalah yang menentukan berlakunya kasih sayang
Atau kebencian dan permusuhan
Gilaplah mata hati, hingga dia jadi macam cermin yang putih bersih
Ia akan dapat menyuluh dosa-dosa yang halus-halus dan seni-seni
Yang mata dan akal tidak dapat melihatnya
Mata hati yang bersihlah akan dapat ilham-ilham yang baik dan firasat-firasat dari Tuhan
Boleh jadi juga hati boleh melihat perkara-perkara yang ajaib
Yang mata akal dan mata kepala tidak dapat melihatnya
Bahkan Luh Mahfuz pun boleh dapat dilihat jika ia bersih, macam cermin yang putih bersih
Hari ini mata hati telah diabaikan orang
Yang sangat dijaga ialah mata akal dan mata kepala
Kerana itulah mata hati buta
Ia dibutakan oleh mazmumah-mazmumah yang subur setiap masa
Tanpa dibendung sedikit pun
Mazmumah-mazmumah itulah yang menjadikan manusia melakukan jenayah
Bermusuh-musuhan, pergaduhan dan peperangan
Hari ini bahayanya dan kecelakaannya telah menimpa manusia semuanya
Mazmumah manusialah yang menyusahkan manusia
Bersihkanlah hati agar dunia aman damai semula
Yang memang diidam-idamkan oleh seluruh manusia.
No comments:
Post a Comment