Monday, 14 March 2011

CINTAI ALLAH.........





Kita mahu senang
Tapisenang sahaja belum cukup
Kita juga mahu tenang
Kita mahu kaya, berjaya di dalam hidup
Kaya dan berjaya sahaja tidak cukup
Kita juga mahu bahagia
Kita mahu selesa dan mudah hidup
Selesa dan mudah sahaja tidak cukup
Kerana kita juga mahu keamanan, kedamaian dan keselamatan
Kita mahu sesuatu yang bersifat material
Itu juga belum cukup
Kita juga memerlukan sesuatu yang bersifat maknawai dan rohani
Kita memerlukan jawatan tinggi, dikenali dan dihormati
Itu juga belum cukup di dalam kehidupan
Kita juga memerlukan kasih sayang dan perpaduan
Kasih sayang dan perpaduan diperlukan oleh semua orang,
tidak kira kedudukan
Kita juga perlukan kemewahan
Kemewahan sahaja belum cukup
Kerana kita juga perlukan timbang rasa, peri kemanusiaan,
rasa bersama dan bekerjasama
Begitulah keperluan manusia, terlalu banyaknya
Biasanya Tuhan tidak beri semuanya
Kalau diberi semuanya, manusia mengaku tuhan
Kalaupun mulutnya tidak bercakap tapi sikapnya bercakap
Diberi sebahagian pun sudah melupakan Tuhan, sudah derhaka
Kalau  semuanya dapat, tentu mengaku tuhan
Jika kita dapat Tuhan, seolah-olah kita dapat semuanya
Milikilah Tuhan, semuanya dapat

No comments:

Post a Comment