Monday, 14 March 2011

BICARALAH DENGAN MANUSIA MENGIKUT STATUS MEREKA......


Bertebaranlah kita di muka bumi ini...sebarkanlah agama Allah dimana saja.. Kenalkan mereka pada Tuhan yang Maha Baik sifatNya. Agar manusia mengenalNya dengan sesungguhnya.
Bertemulah siapa saja.. jangan malu untuk berbicara dengan mereka tentang zatNya. Tapi ingatlah, mudahkan bicara kita pada lingkungan hidup insan dihadapan kita, agar mereka faham ilmu yang kita bicara...

Andai petani bicaralah dengannya tentang Maha Pengasihnya Tuhan menganugerahkan hasil taninya...
Andai yang dihadapan kita nelayan, sedarkan mereka untuk bersyukur kerana mendapat hasil laut mereka, ingatkan mereka tentang tanggungjawab mereka melaksanakan perintahNya walau ditengah laut yang bergelora...

Bila bersama para belia, rendahkanlah diri dan fikrah kita seperti mereka...Sedarkan dan fahamkan mereka tentang jati diri mereka sebagai belia yang patut mereka jaga dalam lingkungan SyariatNya...
Pada yang tua, berilah kasih sayang ..agar sisa-sisa hidup mereka dapat diteruskan dalam ceria dan redhaNya...

Anak kecil disayangi dan dilindungi...Ingatlah orang tua dan anak-anak adalah antara yg dikasihi Tuhan, kerana mereka... rezeki untuk kita diturunkan di dunia ini...jangan dianiaya...

Bertemulah para cendiakawan dan bicaralah dengan mereka setaraf dengan pengetahuan mereka.. Berilah mereka faham tindakan yang perlu mereka laksanakan dalam membawa manusia mencintai keilmuan... tapi ingatkan kepada mereka berilmu saja tanpa Iman dan Taqwa, ia takkan kemana... kerana ramai yang berilmu,... tak kenal Tuhannya..hingga mereka tak sedar tentang kekufuran mereka....kerana bergantung kepandaian mereka pada ilmu yang mereka ada.... Mereka seolah bertuhankan ilmu itu, bukan berTuhankan Allah Yang Maha Esa....

Bawalah manusia mengenalNya,.. mengenal Sifat-sifat , Qudrah dan IradahNya.
Bawalah manusia mengenalNya... mengenal Cinta dan MurkaNya...
Bawalah manusia mengenalNya...mengenal hukum dan SyariatNya...Hingga nanti,..segala yang di lakukan kita, Dialah yang menjaganya, yang silap Dialah yang membetulkannya, ..
Yang benar Dialah yang akan memartabatkannya....
Yang teraniaya, Dialah yang akan membela.....
Segala masalah sejagat, Dialah yang akan menyelesaikannya... segalanya akan terlaksana mengikut Syariat yang termaktub dalam kitab SuciNya..
Andai TAQWA telah tersemai didada manusia, akan wujudlah Mahabbah dalam apa jua yang dilaksana...
Mahabbah dalam diri dan keluarga, Mahabbah dalam masyarakat yang berbilang bangsa...
Mahabbah itu juga akan tersebar ke seluruh dunia... musuh akan menggeruni kita kerana Mahabbah yang ada 
Allah di dalamnya takkan mampu diganggu gugat oleh mereka kerana Tuhanlah yang akan menjaga...
Syaitan pun akan menjerit hiba....
Bagaimana menyebarkan Mahabbah itu?.....
Bertemulah manusia dengan senyum dan kasih mesra... Bicaralah dengan mereka mengikut status diri mereka....
Rendahkan diri kita dalam mendengar rintihan hati mereka..
Bila semua manusia mengenal Tuhan, bersyukur dan melaksanakan SyariatNya....,
Maka, cara itulah Mahabbah kerana Tuhan akan tersebar.... Misi musuh akan tersasar..
Kemudian tunggulah saat Tuhan membela kita .... dan dunia akan berada dalam genggaman Islam semula...


Mar2010  22/10/10 

No comments:

Post a Comment