Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Dia membenci tiga perkara bagi kamu. Dia redha supaya kamu mengabdikan diri kepadaNya dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Dia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta" (Riwayat Muslim)
SEbagai manusia, sememangnya kesukaan kita sama dengan kesukaan Allah. Kita sukakan kedamaian, berkasih sayang, keadilan, bekerjasama dan segala yang baik-baik lagi. Itulah sebenarnya yang suara hati kita inginkan tetapi kadangkala kita sendiri yang enggan mendengar suara hati sendiri kerana terlalai dengan perkara lain yang tidak bersifat syarie..
Kembali pada fitrah...Cintailah apa yang Allah cintai, lakukan apa yang Allah sukai.. Itulah manifestasi cinta kita yang mendalam terhadap Allah. Samalah juga keadaannya jika kita menyukai seseorang.. maka pastinya kita akan menyukai apa sahaja yang disukainya...
Menyukai apa yang Allah sukai, bukan soal mendapat pahala atau fadilat sahaja tetapi lebih kepada hasratuntuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita buat Allah...
Begitu juga dalam aspek kebencian, haruslah selari dengan kebencian Allah... Iaitu meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci olehNya. Dalam hal ini tidak dinafikan, nafsu pendorong kita untuk berbuat segala yang Allah benci kerana nafsu suka kepada segala yang Allah benci dan benci kepada segala yang Allah suka....
Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri... ^_^ ♥
No comments:
Post a Comment